Aleesya Dah Lahir

Alhmadulillah...Akhirnya lahir dah Aleesya kat dunia ni. Sepatutnya Aleesya lahir lebih awal, tapi ada kes kecemasan, terpaksa di tangguhkan ke petang. Aleesya lahir pada jam 4.38 pm, 6 Mei 2010 di Dewan Bersalin, Unit Rawatan Obstetrik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.

Masuk Wad Kelas 1

Alhamdulillah..InsyaAllah, esok Aleesya akan lahir ke dunia ni. Tak sabar rasanya. Ibu dah masuk wad petang tadi. Cadangnya nak ambil bilik untuk 2 orang. Tapi takde yang kosong. 4 orang pun ok jugak. Doakan semuanya selamat ye.

Jumpa Doktor Pakar

Hari ni Ibu & Ayah nak bawak Aleesya jumpa doktor pakar. Semalam dah pergi Klinik Kesihatan Kg. Simee. Akak Misi tu cakap tak payah check-up, terus je jumpa doktor pakar esok (hari ni). Aleesya dah tak sabar nak keluar jumpa Ibu & Ayah. Semoga semuanya selamat. Amin.

Salam Perkenalan

Salam semua. Nama saya Syarifah Aleesya binti Syed Mohd Adib. Atas ni gambar saya semasa dalam kandungan ibu. Ketika blog ni didaftarkan, saya belum lagi dilahirkan.